Rabu, 6 Mac 2013
Orientasi PSS Tahun 1 Sesi 2013
Khamis, 17 Januari 2013, Sempena Minggu Transisi Tahun 1, Pusat Sumber Sekolah telah menjalankan Program Orientasi PSS bertempat di perpustakaan SK Undang Rembau. Murid-murid telah didedahkan keadaan fizikal dan suasana di dalam perpustakaan untuk menarik minat mereka kerap hadir ke perpustakaan pada masa akan datang. Mereka juga telah dimaklumkan akan peraturan, perkhidmatan, lokasi dan koleksi-koleksi yang terdapat di perpustakaan. Akhir sekali, Pusat Sumber Sekolah telah menjalankan aktiviti kuiz PSS untuk menguji tahap pemahaman murid terhadap Pusat Sumber Sekolah dan diberi cenderahati kepada murid-murid yang berjaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan