Rabu, 6 Mac 2013

SKUR muncul di kaca televisyen!

Saksikan rakaman dari Youtube ini...di mana Kelab Doktor Muda SKUR telah ditemuramah....rancangan ini turut ditayangkan di TV3 tempoh hari....ini merupakan episod Kelab Doktor Muda SKUR di tayangkan..

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 & Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan 2013

Sabtu, 2 Februari 2013, Mesyuarat Agung PIBG SK Undang Rembau telah diadakan dan dipengerusikan oleh YDP PIBG iaitu Tn Hj Ibrahim Bin Hj Abdullah. Pengisian dan agenda mesyuarat adalah mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, membentangkan laporan tahunan dan penyata kewangan, menyatakan usul-usul sebagai penambahbaikan dan perlantikan jawatankuasa PIBG yang baru bagi sesi 2013/2014.


Ibarat sambil menyelam minum air, pihak sekolah juga turut mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan RM100 kepada ibu bapa dan penjaga di Dewan Terbuka Dato' Lela Maharaja SK Undang Rembau. Penyerahan telah dibuat oleh YB Dato' Zaifulbahri Bin Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chembong yang turut sama merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Undang Rembau Kali Ke-39. Beliau turut memuji bahawa mesyuarat kali ini adalah mesyuarat yang dihadiri paling ramai ahli yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga yang ingin melihat anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Tahniah diucapkan!





Sambutan Maulidur Rasul

Rabu, 30 Januari 2013, Panitia Pendidikan Agama Islam telah menjalankan aktiviti perarakan sempena Sambutan  Maulidur Rasul peringkat sekolah. Rasional program ini dijalankan adalah sebagai memenuhi satu daripada enam aspirasi murid iaitu Melindungi Masa Instruksional (MMI). Semua guru Pendidikan Islam dan guru setiap mata pelajaran akan memenuhi masa pengajaran dan pembelajaran sepanjang minggu dengan menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan sifat dan akhlak Rasulullah S.A.W. sebagai ikutan.


Orientasi PSS Tahun 1 Sesi 2013

Khamis, 17 Januari 2013, Sempena Minggu Transisi Tahun  1, Pusat Sumber Sekolah telah menjalankan Program Orientasi PSS bertempat di perpustakaan SK Undang Rembau. Murid-murid telah didedahkan keadaan fizikal dan suasana di dalam perpustakaan untuk menarik minat mereka kerap hadir ke perpustakaan pada masa akan datang. Mereka juga telah dimaklumkan akan peraturan, perkhidmatan, lokasi dan koleksi-koleksi yang terdapat di perpustakaan. Akhir sekali, Pusat Sumber Sekolah telah menjalankan aktiviti kuiz PSS untuk menguji tahap pemahaman murid terhadap Pusat Sumber Sekolah dan diberi cenderahati kepada murid-murid yang berjaya.




 



   





Sesi Pendaftaran 2013 dan Majlis Silaturrahim Bersama Penjaga

Ahad, 30 Disember 2012, Pendaftaran murid bagi sesi 2013 telah dijalankan di SK Undang Rembau. Memandangkan hari Ahad adalah hari cuti maka satu Majlis Silaturrahim Bersama Penjaga juga telah diadakan. Pengisiannya adalah untuk memberi pendedahan kepada semua ibu bapa mengenai Program Sarana Ibu Bapa anjuran PIBG SK Undang Rembau. Diharapkan program ini mendapat kerjasama dari semua pihak demi kecemerlangan murid-murid Sk Undang Rembau pada tahun 2013 ini.









Isnin, 7 Mei 2012

Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Bilik-Bilik Khas, Pondok Ilmu, Papan Kenyataan dan Sudut Ilmu

Dimaklumkan bahawa Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Bilik-Bilik Khas, Pondok Ilmu, Papan Kenyataan dan Sudut Ilmu akan dilanjutkan berkuatkuasa 30 April sehingga 15 Jun 2012. Penilaian akan dijalankan pada 18 sehingga 22 Jun 2012 oleh pentadbir sekolah.

Pertandingan Jejak Ilmu Anjuran Perpustakaan Awam Rembau

Khamis, 3 Mei 2012. Satu Pertandingan Jejak Ilmu anjuran Perpustakaan Awam Rembau telah diadakan. Tiga orang murid SK Undang Rembau iaitu Muhammad Aliff Izzumy, Aida Shazwina dan Nurul Izleen telah berjaya memenangi Hadiah Saguhati pada hari tersebut. Tahniah!