Isnin, 7 Mei 2012

Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Bilik-Bilik Khas, Pondok Ilmu, Papan Kenyataan dan Sudut Ilmu

Dimaklumkan bahawa Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Bilik-Bilik Khas, Pondok Ilmu, Papan Kenyataan dan Sudut Ilmu akan dilanjutkan berkuatkuasa 30 April sehingga 15 Jun 2012. Penilaian akan dijalankan pada 18 sehingga 22 Jun 2012 oleh pentadbir sekolah.

Pertandingan Jejak Ilmu Anjuran Perpustakaan Awam Rembau

Khamis, 3 Mei 2012. Satu Pertandingan Jejak Ilmu anjuran Perpustakaan Awam Rembau telah diadakan. Tiga orang murid SK Undang Rembau iaitu Muhammad Aliff Izzumy, Aida Shazwina dan Nurul Izleen telah berjaya memenangi Hadiah Saguhati pada hari tersebut. Tahniah!






Lawatan Sambil Belajar Ke Perpustakaan Kanak-Kanak Dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rabu, 2 Mei 2012. Program Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Kanak-Kanak dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 telah dijalankan. Program ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah SK Undang Rembau sebagai program tahunan unrtuk Pengawas PSS dan Rakan Pembaca.

Sila lihat pautan ini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150863578043982.473209.335765853981&type=1

Majlis Pelancaran Program Nilam Dan Rakan Pembaca Peringkat Sekolah 2012

Jumaat, 13 April 2012. Majlis Pelancaran Program Nilam dan Rakan Pembaca peringkat sekolah 2012 telah berlangsung dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Undang Rembau iaitu Pn. Hanifah Binti Ali. Taklimat Program Nilam telah disampaikan oleh En. Fairuz Bin Othman. Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Rembau.

Sila lihat pautan ini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150799248013982.467234.335765853981&type=1

Jumaat, 30 Mac 2012

Makluman : Untuk perhatian semua guru-guru penyelaras Bilik-Bilik Khas, Pondok Ilmu, Papan Kenyataan, dan Sudut Ilmu.

Berdasarkan rujukan surat edaran bertarikh 20 Mac 2012, Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Bilik-Bilik Khas, Pondok Ilmu, Papan Kenyataan dan Sudut Ilmu akan berkuatkuasa bermula 2 April dan tamat pada 27 April 2012. Penilaian akan dijalankan pada 30 April 2012 oleh pihak pentadbir sekolah.    
Berikut adalah ralat terkini Penyelaras Pondok Ilmu dan Sudut Maklumat:

PONDOK-PONDOK PANITIA
Bil
Pondok Panitia/ Ilmu
Nama Guru/ Panitia/Bilik Khas
1.
Di hadapan Bilik Komuniti Bestari/ Bilik Tayang
 (Pondok A)
Panitia Matematik
2.
Di hadapan Bilik Komuniti Bestari/ Bilik Tayang 
(Pondok B)
Panitia PSV
3.
Di hadapan Bilik Doktor Muda
Panitia Bahasa Melayu
4.
Di hadapan Bilik SALC
Panitia Bahasa Inggeris
5.
Di hadapan Stor PJ
Panitia Sains
6.
Bersebelahan Kedai PIBG (Lama)
JKJR
7.
Pondok Wakaf berdekatan kolam
En. Samsul Anuar B Amat Kasi
8.
Bersebelahan English garden
Panitia Moral
9.
Dihadapan Galeri Kajian Tempatan
Panitia Sivik & Kewarganegaraan
 
        SUDUT MAKLUMAT
Bil
Sudut Maklumat
Nama Guru/ Panitia/Bilik Khas
1.
Bersebelahan Galeri Kajian Tempatan
Panitia Kajian Tempatan
2.
Lorong pejalan kaki bersebelahan Gelanggang Sepak Takraw
Bimbingan & Kaunseling
3.
Di bawah tangga Bangunan Dato Raja Diraja
PPDa

Khamis, 23 Februari 2012

Majlis Penyampaian Watikah Dan Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2012


Isnin, 13 Februari 2012. Majlis Penyampaian Watikah dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Tahun 2012 telah berlangsung dan majlis yang dianjurkan oleh Pusat Sumber SK Undang Rembau di bawah kelolaan Guru Perpustakaan & Media SKUR, En. MJ Hirull Affendy Bin Miskam yang dibantu oleh Pn Norzaini Binti Mahadi. Sebelum itu, semua pengawas PSS telah mengambil tempat di Dewan Terbuka Dato' Lela Maharaja SKUR sebelum acara penyampaian watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dijalankan. Pengerusi majlis, Pn. Norzaini Binti Mahadi memberi kata-kata aluan kepada hadirin dan bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Mohd. Redhuan Bin Adnan sebagai memberkati majlis. Watikah pelantikan tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar SK Undang Rembau, Pn Hanifah Binti Ali. Di akhir majlis, semua pengawas PSS bagi sesi tahun 2012 telah melafazkan ikrar dengan pimpinan Ketua Pengawas PSS, Adik Suraya Binti Noor Hasmi dan majlis bersurai selepas acara tamat.

                                                    Kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis


                         Ucapan dari Guru Perpustakaan & Media SK Undang Rembau sesi 2012

                                 Penyerahan watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber SKUR

                              Lafaz ikrar dipimpin oleh Ketua Pengawas Pusat Sumber sesi 2012