Rabu, 6 Mac 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 & Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan 2013

Sabtu, 2 Februari 2013, Mesyuarat Agung PIBG SK Undang Rembau telah diadakan dan dipengerusikan oleh YDP PIBG iaitu Tn Hj Ibrahim Bin Hj Abdullah. Pengisian dan agenda mesyuarat adalah mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, membentangkan laporan tahunan dan penyata kewangan, menyatakan usul-usul sebagai penambahbaikan dan perlantikan jawatankuasa PIBG yang baru bagi sesi 2013/2014.


Ibarat sambil menyelam minum air, pihak sekolah juga turut mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan RM100 kepada ibu bapa dan penjaga di Dewan Terbuka Dato' Lela Maharaja SK Undang Rembau. Penyerahan telah dibuat oleh YB Dato' Zaifulbahri Bin Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chembong yang turut sama merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Undang Rembau Kali Ke-39. Beliau turut memuji bahawa mesyuarat kali ini adalah mesyuarat yang dihadiri paling ramai ahli yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga yang ingin melihat anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Tahniah diucapkan!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan