Isnin, 7 Mei 2012
Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Bilik-Bilik Khas, Pondok Ilmu, Papan Kenyataan dan Sudut Ilmu
Dimaklumkan bahawa Pertandingan
Keceriaan dan Kebersihan Bilik-Bilik Khas, Pondok Ilmu, Papan Kenyataan
dan Sudut Ilmu akan dilanjutkan berkuatkuasa 30 April sehingga 15 Jun 2012. Penilaian akan dijalankan pada 18 sehingga 22 Jun 2012 oleh pentadbir sekolah.
Pertandingan Jejak Ilmu Anjuran Perpustakaan Awam Rembau
Khamis, 3 Mei 2012. Satu Pertandingan Jejak Ilmu anjuran Perpustakaan Awam Rembau telah diadakan. Tiga orang murid SK Undang Rembau iaitu Muhammad Aliff Izzumy, Aida Shazwina dan Nurul Izleen telah berjaya memenangi Hadiah Saguhati pada hari tersebut. Tahniah!
Lawatan Sambil Belajar Ke Perpustakaan Kanak-Kanak Dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Rabu, 2 Mei 2012. Program Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Kanak-Kanak dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 telah dijalankan. Program ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah SK Undang Rembau sebagai program tahunan unrtuk Pengawas PSS dan Rakan Pembaca.
Sila lihat pautan ini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150863578043982.473209.335765853981&type=1
Sila lihat pautan ini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150863578043982.473209.335765853981&type=1
Majlis Pelancaran Program Nilam Dan Rakan Pembaca Peringkat Sekolah 2012
Jumaat, 13 April 2012. Majlis Pelancaran Program Nilam dan Rakan Pembaca peringkat sekolah 2012 telah berlangsung dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Undang Rembau iaitu Pn. Hanifah Binti Ali. Taklimat Program Nilam telah disampaikan oleh En. Fairuz Bin Othman. Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Rembau.
Sila lihat pautan ini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150799248013982.467234.335765853981&type=1
Sila lihat pautan ini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150799248013982.467234.335765853981&type=1
Langgan:
Ulasan (Atom)

