Isnin, 13 Februari 2012. Majlis Penyampaian Watikah dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Tahun 2012 telah berlangsung dan majlis yang dianjurkan oleh Pusat Sumber SK Undang Rembau di bawah kelolaan Guru Perpustakaan & Media SKUR, En. MJ Hirull Affendy Bin Miskam yang dibantu oleh Pn Norzaini Binti Mahadi. Sebelum itu, semua pengawas PSS telah mengambil tempat di Dewan Terbuka Dato' Lela Maharaja SKUR sebelum acara penyampaian watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dijalankan. Pengerusi majlis, Pn. Norzaini Binti Mahadi memberi kata-kata aluan kepada hadirin dan bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Mohd. Redhuan Bin Adnan sebagai memberkati majlis. Watikah pelantikan tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar SK Undang Rembau, Pn Hanifah Binti Ali. Di akhir majlis, semua pengawas PSS bagi sesi tahun 2012 telah melafazkan ikrar dengan pimpinan Ketua Pengawas PSS, Adik Suraya Binti Noor Hasmi dan majlis bersurai selepas acara tamat.
Kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis
Penyerahan watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber SKUR
Lafaz ikrar dipimpin oleh Ketua Pengawas Pusat Sumber sesi 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan