Jawatankuasa PSS dan Unit Penghayatan Nilai Murni melancarkan Program Bangsa Membaca Berbudi Mulia peringkat sekolah. Program ini bermula pada 5 Julai - 9 Ogos 2010 dan pelbagai aktiviti telah dirancang untuk menjayakan program ini.
Matlamat program ini dilaksanakan untuk menerapkan penghayatan nilai-nilai murni agar menjadi etika diri murid-murid melalui mekanisme pembacaan berilmu. Pendekatan yang digunapakai ialah Pusat Sumber Sekolah sebagai gedung ilmu untuk kita meninggikan lagi pekerti diri selari dengan acuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang program ini berlangsung. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan sedang berjalan ialah:
1) Kuiz Kenali Guru
2) Kuiz Guru
3) Kuiz Murid Tahap 1 & 2
4) Pertandingan Teka Buku
5) Pertandingan Mewarna Nilai Tahun 1
6) Pertandingan Membaca Teks Tahun 2
7) Pertandingan Bercerita Tahun 3
8) Pertandingan Bersyair Tahap 2
9) Pertandingan Buku Skrap Murid & Guru
10) Pertandingan Mewarna Prasekolah / PPKI
11) Wakaf Buku
12) Pameran Buku Baru
13) Program Santapan Pagi
14) Peminjam Terbanyak PSS
15) Jualan Buletin PSS, Majalah / Buku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan